Wednesday, January 21, 2009

Siapa dia?

Dear diary,

It was weird today, although it seems quite the same with other Thursdays. Busy and hectic. I was walking back from class, Humming my favourite tune and I saw that store. That book store. Its not that I haven’t seen it before, just it was never as tempting as today for me to walk in and I did. It was a small, old looking with lots of books. From afar, I saw that old man, probably as the same age as this bookstore, noticed me coming in but then he looked away. I walked in, I really didn't know what I'm doing here. I walked around and that old man stared at me so eagerly I could not even lift my face up then. He walked towards me and my body started to shivers. I tried to move my feet but they were kinda glued to the dark-brown wood floor that I was standing onto. He was really close then I just shut my eyes and wait what he would do to me...

"Anak cari apa?"

Fuhhhhhh..aku bukak mata, tengok pakcik tuh tersengih sambil menampakkan gigi dia yang separuh ada separuh tiada meninggalkan ruang kosong untuk aku lihat lidahnya. Seperti 'checker board' pon ada. Aku senyum untuk menghilangkan gundah gelana yang bertamu di hati kejap tadi.

"Takda apa-apa pakcik, saya cuma tengok-tengok."

Pakcik itu senyum lagi dan jalan meninggalkan aku, kembali ke mejanya.

Aku terus berlegar-legar di ruangan sempit tuh. Azan Maghrib berkumandang memenuhi ruangan kedai itu. Aku duduk, senyap sendiri menanti azan selesai tapi anak mataku terus mencari visual yang dapat memberikan sedikit kepuasan selain susunan buku-buku ilmiah tahun 80-an.

Diari,

Di situlah dia, di tepi jalan yang sibuk itulah dia. Walaupun hari makin senja dia setia di situ, sambil berpeluk tubuh, mungkin memanaskan badan kurusnya yang agak terdedah dengan singlet sleeveless merah dengan jeans ketat. Sekejap-sekejap dagunya mendongak, melihat kereta yang datang dari Jalan Mebuan. Sekejap-sekejap melihat jam tangannya. Aku berkonklusi mungkin dia resah kelewatan solah Maghrib. Aku bangun, ingin melangkah keluar.

"Anak ingin solat di sini?" Entah bila pakcik itu berada di belakangku.
"Marilah, kita berjemaah." Serba-salah aku ingin menolak pelawaan orang yang lebih tua dariku. Aku senyum lalu ikutnya dari belakang. Langkah demi langkah aku terus membuntuti pakcik yang lebih rendah daripadaku itu. Kopiahnya juga aku lihat sangat usang.

Tapi siapa dia? Siapa dia yang rambutnya diwarnakan, panjang mengurai melepasi bahu itu?

Aku berjalan pulang, masih memikirkan siapa dia. Malam itu fikiranku asyik menerawang kempali pada gambaran si dia. Entah kenapa aku rasa harus aku pergi ke tempat itu kembali.

Diari,

Hari ini aku di sini lagi. Singgah di kedai buku pak cik itu. Dia hanya tersenyum melihat aku. Aku pula menanti kedatangan si dia. Resah pula, entah kenapa aku asyik mempersoalkan pemakaian aku yang bersahaja dengan t-shirt merah dan jeans itu. Sibuk pulak mencari cermin, tertanya-tanya rambut ku bagaimana. Ingin aku menyumpah diriku sendiri kerana selama ini tak pernah ku pedulikan semua ini. Jam tangan berdetik setiap saat. Pukul 3.40 petang.

Aku masih berlegar di ruangan itu, tidak tahu mahu kemana lagi. Sejam berlalu namun tak nampak kelibatnya.

6.17 p.m. Aku masih menunggu. Mula terasa bodoh. Kenapa aku tunggu perempuan itu?

Diari,
Harapan aku hari nih musnah. Aku ingin pulang. Pak cik itu memanggil aku dengan suaranya yang kedengaran perlahan.

"Anak tunggu gadis semalam tuh ya?" Pak cik itu ikhlaskah? Aku terkedu tidak tahu apa yang patut ku jawab. Risau dengan impresi nya terhadapku nanti. Aku baru nak bukak mulut..

"Dalam pukul 7 baru dia sampai selalunya. Jangan risau. Tiap-tiap hari dia datang ke sini. Tunggu orang datang jemput." Pak cik tu beredar tinggalkan aku.

Diari, perempuan itu siapa sebenarnya?

Aku mendekati jalan raya itu, kereta datang berpusu-pusu dari arah kanan. Matahari pun makin menghilang. Resah pula hati mengenangkan masa yang hampir senja. Maghrib menghampiri. Tapi aku masih tak nampak dia.

Sekali lagi aku hampir putus asa. Aku mahu pulang, diari. Tapi aku tersentak bila dengar bunyi hentakan yang kuat. Aku tak tahu datang dari arah mana bunyi itu. Tapi aku tahu ada kemalangan berdekatan aku. Aku panik. Siapa? Siapa cedera? Aku tak tahu apa yang patut aku buat. Dan di situ dia. Dia terbaring di bawah kereta Saga itu. Di situ dia. Berdarah, dan tidak bergerak.

Kini, mustahil buat aku untuk ketahui siapa dia buat selamanya.

3 comments:

  1. hehe.. its pretty gud.. tp kn.. aza cm nk jdkn die terlalu fill up wit bombastic word..

    its gud.. but mayb it wont suit the readers.. ur readers.. sumtimes its juz gud 2 make it simple.. u hve the ideas.. a gud 1.. making it thrilling n suspense.. making people curios.. but u need 2 work out on the words a bit.. mayb reading much more.. ^_^

    ReplyDelete
  2. the second part was really gud..

    the way u connect both part.. i like it.. i LOVE it.. tp da abes ke? T_T


    p/s : dua2 niey comment amie taw.. hehe.. sje nk bg sume tawu..

    ReplyDelete
  3. suka buat ending sedeyh ;(

    ReplyDelete

xd