Tuesday, December 30, 2008

Keperluan Hak Milik Setiap Insan?

Seperti biasa. Aku cuba membersihkan otak aku sedikit sebanyak dgn persoalan yang telah lama membengkak dalam benak aku. Minta maaf atas banyak penggunaan bahasa yang sama berkali2. Sudah pasti aku bukannya seorang penulis yang orang kata hebat mahupun bijaksana.

Hidup selama belasn tahun ini, aku banyak menerima pelbagai kenangan pahit, manis, masam dan masin. Bukan lah segala nya telah dirasai oleh aku namun aku cukup mengenal pasti apa yang aku rasakan pelik bagi sesetengah kaum HAWA utk berkelakuan sedemikian. Tidak, bukan ingin memperlekehkan wanita atau menjatuhkan maruah. Aku cuma tertanya-tanya. Kenapa golongan wanita ini amat terdesak bila datangnya soal cinta?

Dalam segi apa? Oh. Bukan hanya membuahkan fikiran, atau idea kosong yang dtg dari urat saraf aku tapi ini pengalaman. Dari orang sekeliling mahupun tubuh badan serta otak aku sendiri.

Sesuatu percintaan memanglah suci. Membuatkan Hamba ALLAH merasakan diri terawang-awang dan hati berbunga-bunga seperti yang disifatkan dalam SETIAP novel yang telah aku hadam dan drama-drama yang merabunkan aku. Namun apa yang terjadi bila perhubungan itu hancur berkecai? Putus di tengah jalan? Aku nampak satu fenomena luar biasa yang ditunjukkan oleh beberapa kaum hawa yang aku kenal. BUKAN SEMUA. BEBERAPA.

Jane Doe ini, berkenalan dengan John Doe ini selama bertahun-tahun. Api cinta mula menyala, Si John Doe menyemarakkan lagi. Beberapa kali bulan mengambang, John Doe ini mengeluarkan kata-kata perpisahan. Aku tergelak. Kejam ke? Oh. Aku tergelak kerana Jane Doe ini mula melutut, menangis dan menuturkan kata-kata maaf. Merayu "Abang, jangan tinggalkan (disini nama tidak disebutkan)!" Tidak peduli mata-mata asing yang melilau melihat "tragedi" itu. Tidak peduli tendangan atau jelingan dari John Doe yang kononnya besar sungguh dosa si Wanita itu. Aku ketawa lagi. Kenapa? Kerana JOHN DOE INILAH YANG TELAH MELAKUKAN DOSA BESAR ITU. Tetapi, harap maaf. Tidak mahu aku nyatakan disini secara spesifikasi apakah yang bergelar dosa besar itu.

Tragedi itu berhenti. Lelaki itu beredar membiarkan Jane Doe terkapai-kapai dalam tangisan yang mencurah-curah dan tentu sekali maskara hitam membasahi pipi. Aku sengaja ingin dramatik sikit.

Berbulan Jane Doe cuba hubungi lelaki ini. Tentu sekali "Harap Maaf, nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Terima Kasih". Kenapa agaknya Jane Doe ini menunggu dengan penuh sabar? Disertai tangisan dan raungan setiap malam? Aku pelik. Oh. Jangan menuduh sebarangan. Si dia bukan ditiduri. Tetapi ibaratkan kumbang hanya seekor di bumi ALLAH yang kaya ini.

Inilah perempuan. Bila terdesak dengan cinta. Apakah ini betul?

Sunday, December 21, 2008

Dayus seseorang lelaki?

Syawal meraup muka dengan penuh kesal yang tak sudah. Dengan harapan segala kesalahan boelh sekelip mata dihilangkan sepertimana titik-titik peluh yang semakin laju mengalir di setiap liang roma wajahnya.

'Bodoh kah aku? Memang salah dia bukan? Dia membuatkan aku rasa tertipu!'
Benak fikiran Syawal mula memberi kata logik yang hati dan egois seorang lelaki sedaya-upaya menolak. Kotak minda mula berputar seperti pemain DVD yang memperlihatkan imej yang jelas dan nyata.

"I tak pernah cintakan you, Syawal. You terlalu kuno dan mempertahankan Islam yang entah membawa you ke mana. Mana jaminan syurga yang you katakan, Wal? Mana pahala yang you ceritakan? I tak nampak apa-apa kebahagiaan bersama you yang hanya pentingkan dakwah you sahaja. TUHAN itu PALSU!" Jeritan Hazira Nur Aisyah bergema.

Syawal terkesima namun reaksi tangan spontannya tidak dapat dibendung. Tapak tangannya yang tidak pernah menyentuh mana-mana bukan muhrimnya akhirnya hinggap di pipi Hazira. Wanita itu terdorong ke belakang kerana tamparan yang kuat.

"You tampar I Syawal?!" Pipinya merah, tidak pasti akibat tamparan atau perasaan marah yang menebal.

Syawal tunduk merenung tangannya. Menitis air mata lelakinya di hadapan wanita itu. Terlalu sedih, cintanya diperlakukan sebegitu. Kecewa, kekasihnya di perolokan.

"Pergilah Ira. Aku tak perlukan kau. Cinta ALLAH terhadap aku lebih berharga dari kau yang lebih cintakan duniawi."


Dayuskah lelaki apabila menampar wanita? Tidak kira seorang suami terhadap isteri, abang terhadap adik mahupun sesiapa yang aku panggil 'practically strangers'. Aku perlukan seseorang yang boleh menjawab pertanyaan yang telah lama membengkak pada setiap tisu dalam otak ku ini. Salahkah Syawal mempertahankan Islam yang dicintainya? Atau memang seseorang wanita itu tidak patut dipersalahkan atau dihukum akibat perbuatannya yang melampaui batas?