Tuesday, January 6, 2009

Impian muda belia negara Malaysia

10 tahun yang lepas, semua sibuk ingin menjadi doktor, polis dan askar. Demi mempertahankan negara tercinta. Itu 10 tahun yg lepas. Aku sangsi memikirkan masa depan negara yang kerajaan amat yakin untuk mencapai wawasan 2020. Tidak mahu menghampakan harapan Tun Dr. Mahathir Mohd. Aku bukan ahli politik negara, mahupun anak kepada seorang ahli politik yang membuatkan rasa diri aku cukup layak untuk bersuara ataupun lebih tepat untuk "menaip" tentang hal ini. Tapi aku tahu, sebagai remaja yang bakal hidup di negara ini untuk berpuluh tahun kan datang. InsyaALLAH. Namun, wawasan 2020 tidak lagi dapat aku bayang kan bila ramai golongan muda, mahupun pakcik-pakcik dan apatah lagi kanak-kanak kecil, sibuk mengerumuni barisan yang menawarkan mereka peluang menyanyi dan menggapai bintang untuk menjadi mereka yang bergelar ARTIS realiti tv.

Sayup hati aku, mendengarkan adik-adik yang hanya bersekolah tadika, tabika dan malah yang "homeschool" bila ditanyakan, "apa cita-cita adik bila dah besar?"

Budak 1: "saya nak nyanyi cam Stacy!"
Budak 2: "adik nak ikut abang Alif, Abang Nubhan.." dan beberapa yang aku kurang mahir namanya.

Rata-rata anak bangsa melayu kecundang dengan dunia glamor yang mereka impikan menjadi indah dan dipenuhi wang ringgit. Betul, siapa yang boleh tolak semua itu. Nafsu semakin menyala apabila masyarakat turut memberi sokongan padu, tanpa risau berapa wang yang dikeluarkan hanya untuk memastikan 'artis segera' mereka terus kekal untuk ke peringkat akhir.

Tidakkah kita sedar? Masyarakat makin lalai dengan dunia hiburan, tiada lagi belia yang mahu berjuang menegakkan kebenaran melainkan muzik mereka, tiada lagi remaja yang sanggup mengorbankan masa selain utk 'jamming' bersama teman-teman.

Bukan aku menyatakan bahawa ahli muzik tidak bagus atau mereka sekadar penghibur, tetapi bila masa depan negara telah dipertaruhkan, tidak kah anda rasa risikonya amat besar? Ia sesuatu yang belum jelas atau nyata kini. Tapi aku tahu, sedikit sebanyak rancangan realiti tv yang banyak membuang masa orang-orang kita sekarang akan menjadi sesuatu masalah besar di kemudian hari.

Jangan sudah terjatuh baru terngadah. Bila itu semua sudah berlalu, apa yang hanya aku katakan ialah, nasi sudah menjadi bubur.

3 comments:

  1. when i was a little kid, i wanted to become a singer and an actress. sangat. tapi bila dh besar sekarang, i'm in a totally different field :)

    dun worry. kids say things they never really mean. keep writing :)

    ReplyDelete
  2. yup btol org atas nih...
    ko tny bdk kecik..
    kecik2 aku pon nak jd cam siti nurhaliza...
    skg plak aku nak jd peminat die je...
    nak jd akauntan plak...

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah..

    kamu mempunyai pendapat yang sama dengan saya...budaya hedonisme sememangnya sudah mengcengkam umat Islam di Malaysia..selagi itulah kita akan terus melihat bumi Palestin menangis sayu..oh umatt..

    ReplyDelete

xd