Tuesday, December 30, 2008

Keperluan Hak Milik Setiap Insan?

Seperti biasa. Aku cuba membersihkan otak aku sedikit sebanyak dgn persoalan yang telah lama membengkak dalam benak aku. Minta maaf atas banyak penggunaan bahasa yang sama berkali2. Sudah pasti aku bukannya seorang penulis yang orang kata hebat mahupun bijaksana.

Hidup selama belasn tahun ini, aku banyak menerima pelbagai kenangan pahit, manis, masam dan masin. Bukan lah segala nya telah dirasai oleh aku namun aku cukup mengenal pasti apa yang aku rasakan pelik bagi sesetengah kaum HAWA utk berkelakuan sedemikian. Tidak, bukan ingin memperlekehkan wanita atau menjatuhkan maruah. Aku cuma tertanya-tanya. Kenapa golongan wanita ini amat terdesak bila datangnya soal cinta?

Dalam segi apa? Oh. Bukan hanya membuahkan fikiran, atau idea kosong yang dtg dari urat saraf aku tapi ini pengalaman. Dari orang sekeliling mahupun tubuh badan serta otak aku sendiri.

Sesuatu percintaan memanglah suci. Membuatkan Hamba ALLAH merasakan diri terawang-awang dan hati berbunga-bunga seperti yang disifatkan dalam SETIAP novel yang telah aku hadam dan drama-drama yang merabunkan aku. Namun apa yang terjadi bila perhubungan itu hancur berkecai? Putus di tengah jalan? Aku nampak satu fenomena luar biasa yang ditunjukkan oleh beberapa kaum hawa yang aku kenal. BUKAN SEMUA. BEBERAPA.

Jane Doe ini, berkenalan dengan John Doe ini selama bertahun-tahun. Api cinta mula menyala, Si John Doe menyemarakkan lagi. Beberapa kali bulan mengambang, John Doe ini mengeluarkan kata-kata perpisahan. Aku tergelak. Kejam ke? Oh. Aku tergelak kerana Jane Doe ini mula melutut, menangis dan menuturkan kata-kata maaf. Merayu "Abang, jangan tinggalkan (disini nama tidak disebutkan)!" Tidak peduli mata-mata asing yang melilau melihat "tragedi" itu. Tidak peduli tendangan atau jelingan dari John Doe yang kononnya besar sungguh dosa si Wanita itu. Aku ketawa lagi. Kenapa? Kerana JOHN DOE INILAH YANG TELAH MELAKUKAN DOSA BESAR ITU. Tetapi, harap maaf. Tidak mahu aku nyatakan disini secara spesifikasi apakah yang bergelar dosa besar itu.

Tragedi itu berhenti. Lelaki itu beredar membiarkan Jane Doe terkapai-kapai dalam tangisan yang mencurah-curah dan tentu sekali maskara hitam membasahi pipi. Aku sengaja ingin dramatik sikit.

Berbulan Jane Doe cuba hubungi lelaki ini. Tentu sekali "Harap Maaf, nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Terima Kasih". Kenapa agaknya Jane Doe ini menunggu dengan penuh sabar? Disertai tangisan dan raungan setiap malam? Aku pelik. Oh. Jangan menuduh sebarangan. Si dia bukan ditiduri. Tetapi ibaratkan kumbang hanya seekor di bumi ALLAH yang kaya ini.

Inilah perempuan. Bila terdesak dengan cinta. Apakah ini betul?

10 comments:

  1. cite ni ke ko nak suh aku bg pendapat?
    pape pon... ko btol..
    aku stuju..
    tp nama die x bole lg sdp ke?
    jane doe, john doe....
    bg lah peah ke, aza ke...
    adoyai!
    tp pape pon, it takes time...
    ye lah... lemah lah skit.. nama dah salu dpt period.. so byk lah makhlok b'tandok dtg...

    ReplyDelete
  2. wei!
    satu lagi!
    powe gle dowh ayat ko!
    nak nagis ku baca!

    ReplyDelete
  3. errr..no comment.. xD

    well, urm..biasela tu
    manusia ad hati n perasaan..
    wanita lbh lemah la kononnye
    n wanita jgk bnyk nafsu, satu akal
    susa sket la rasenye..
    urmm..hpefully jane doe tu x paya la susa2 an diri die
    sbb tu la we need to have goal in our lives!
    n yg lg penting pendirian..
    so cm sab ckp takes time, nn
    take care of urself too
    ;D

    ReplyDelete
  4. urmmm...
    pade aku lah kan . merangkap atokk kau .. hehe

    perempuan , kalau dah cinte gile2 kat seseorang ni , memang susah lah nak dilupekan.
    contoh yang paling dekat boleh kite lihat adelah ibu kite! tengok , macam mne dia sayang btol2 kat kte !
    ;)

    and kepade john do tu , Ko memang Sengall ! Tak ley harap punye jantann ! wahahaha

    to jane doe , tabahkan hati ... life must go on ryte ?
    bak kate pepatah mak cik AZA , '' juz go by the flow , u ll be ok '' ... :)

    ReplyDelete
  5. entah la.. semesti nye perempuan lbey lemah dr lelaki.. lgpn wanita tercipta dr rusuk lelaki..

    its in their nature.. that`s where men come in the picture.. ALLAH cr8 people attracted 2 different gender,this is the nature,the way things go.. men need women n women need men.. both off them need affection,love and guidance..

    I dnt noe wat 2 say actually.. for me.. life is simple.. each days we face choices,we decide our lives,in this case,jane doe,its her decision 2 stay in pain or move on.. but...
    i dunno.. i cnt say anything bout dis.. im not a gurl.. if i were,mayb i cn tell..

    personally.. i think.. if something bad happen.. 2 guys or gurls.. it up 2 urself.. 2 overcome ur emotions n move on.. dnt think bout the problems.. dnt think whose guilty.. think bout what u cn do 4 urselves.. or how 2 solve the problems.. thinking bout the past wont help u.. u have 2 move on n step forward.. even guys (not all of it ) face the same situation as the jane doe..

    i dnt think all women r like dat..

    pe bnda la..
    meraban cm org gler..

    sng cte.. pmpuan de gak yg cm2.. tp bkn sume.. laki p0wn de gak.. tp bkn sume.. yg penting.. kte jgn pk psl masalah.. tp canne nk setel mslh.. 2 je.. jgn sdey ngn pe jd..

    sume bnda yg jd.. de hikmah die.. mayb kte xnmpk.. mayb cm jane doe td.. klu die xbreak.. mayb laki 2 dera die mse kawin kn?

    kte xkn tawu.. sbb sume 2 keje ALLAH.. ALLAH syg hamba2 -NYA, so if something bad happens.. pk je la cm2.. it helps..

    ok?

    p/s: sory xde idea.. pki jela idea niey.. hehe.. towi tayunk.. kekekeke...

    ReplyDelete
  6. ok la... not bad.. really good effort.. i like it.. but u need a lot more things to cheer up this blog.. :)

    ReplyDelete
  7. kalau kau pernah dengar satu lidah pendita;

    Cinta seorang perempuan kepada lelaki, diibaratkan, air laut tu, sebagai dakwat. Langit tu sebagai hamparan untuk kau tulis. Pun tak cukup lagi nak bayangkan betapa banyakknya cinta seorang perempuan ni.

    Jadi jangan kelakar sangat kenapa ramai perempuan yang kau dengar still sayangkan suami/kekasih yang kita terang terangan nampak tak elok perangai dia.

    aku komen ni bukan sebab ko suruh tau. Aku komen sebab aku nak komen.

    lagi satu,
    tukar la warna layout blog.

    welcome to blogesfera.

    ReplyDelete
  8. ni kira ok la ni :) kalau nk tambah ump! tambahkan bahasa sastera ..atau yg jarang digunakan.. yg membuatkan pembaca tertanya-tanya.. aku bkn penulis... tak reti pun mengarang :p .. sekadar komen melalui pengalaman 30tahun idup hehe

    ReplyDelete
  9. perempuan kalau dah sayang camne buruknya laki tu punya perangai pun still sayang.

    letak chatbox ok.

    ReplyDelete

xd